Friday, November 11, 2011

Empat Loceng

ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng

ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng

Jimadie Shah Othman
Mei 2009

Sumber: http://abdullahjones.blogspot.com/2009/05/batu-hitam.html

Puisi-puisi kurus

Puisi-puisi kurus
yang mengambang dari karung dan kempompong
aku menghuni malam Twist dan Tango
aku tidak ingin pernah mengerti
pada ungkapan
mahu atau enggan.
Jimadie Shah Othman
Ogos 2007

Sajak-sajak hamba*

Ini sajak-sajakku.
Aku benci mendengar kata-kata
berani atau revolusi.
Makin amarahmu bergelombang,
makin mendasar ghairah cinta.
Dan dakwat tetap menghitam
seperti jantung dan hempedu.
Aku tidak terbakar.
Aku cuma membara di atas kertas.
Ini bukan sajak-sajak jantan.
Cuma pintalan kata-kata
yang serba aneh.

Bagaimana tuan membakar hati
yang lama mati?
Inilah sajak-sajakku, tuan.
Kepada Julai kesembilan.

Jimadie Shah Othman Kuala Lumpur

*Dipetik daripada antologi "Puisi Jadi Senjata" kelolaan Fazallah Pit (2011).

Thursday, November 10, 2011

Tuhan Satu

Pada tubuhmu kulihat api,
pada tubuhmu Jibril!

Aku dan Muhammad, kami tercipta dari dua
saf. Dari bening Dhuha dingin itu, sekujur
tubuh menyuci di debu.

Pada tubuhmu kulihat api,
pada tubuhmu Jibril!

Dari Dhuha, ada dada yang menyala-nyala.
Api tauhid. Pengakhiran pun menjadi permulaan.
Dan Tuhan itu Satu.

Jimadie Shah Othman
Mac 2008

Gadis sunti yang tak tersentuh lelaki VI*

. aku melekat di nako tingkap pembela wanita
mencuri dengar bisik malu-malunya tentang yang
itu ketika dia mengekek dengan s/u-nya aku tau
kelangkanganku basah aku mengigau-ngigau
 
gunting kasi merayap-rayap di pahaku di paha
mimpi-mimpiku dan aku masukkan tanganku
berkali-kali ke kelangkanganku iya ia ada (lagi)
ha ha ha pembela wanita dan aku kami menari
 
bagai tom dan jerry aku pun bertanya siapa
norita bangsa mana kami bukan rakan sekolah
di mara dulu makcik saya cuma tikus putih
mohon tidak (ke makmal) dicuba-cubA
 
JIMADIE SHAH OTHMAN

*Ini merupakan versi lama. Versi baru , dengan judul sama, termuat dalam dalam antologi Bayi Kota Berahi (Md Zainuddin Abd Rahman, et al.), Gerak Sastera: Kuala Lumpur, 2004.