Sejarah Melayu mempunyai beberapa versi. Jika berpandukan versi paling terkenal dalam Sulalatus Salatin, tulisan Tun Sri Lanang, seorang mamak, di pentas Faisal Tehrani, babak-babak pergolakan politik dalaman istana Melaka mungkin tidak akan menjadi seperti ini.
Faisal Tehrani, seorang sasterawan terkenal – kadang-kadang kontroversi -- yang menulis dan melibatkan diri hampir dalam sebuah genre seni cuba menyalurkan intrpetasi baru terhadap pergolakan itu, yang menurutnya merupakan pertembungan antara kelompok Islamis dan liberal-pragmatik.
Penulis kelahiran Peringgit, Melaka yang terkenal dengan tulisan-tulisan bernada politik dan agama yang kuat, kali ini muncul dengan persembahan pentas terbarunya, Dua jam sebelum Sultan Alauddin syahid diracun -- sebuah kolaborasi 'aneh' melibatkan atlit lompat pagar, pelakon filem dan ahli akademik.
Persembahan ini diarahkan oleh penyarah kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, dibintangi bintang Jonny Bikin Filem, Zack Idris dan atlit kebangsaan Robani Hassan.
Naskhah Faisal Tehrani ini mengadunkan latar purbawara dan moden. Menontonnya membawa kita mengembara ke dalam dua dimensi masa yang berbeza. Pertama, zaman politik silam, di zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka yang diperintah raja yang adil – Sultan Alauddin Riayat Syah, tetapi penuh dengan pergolakan dalaman istana Melaya. Kedua, iklim politik semasa dengan peristiwa yang hampir sama.
Teknik ini pernah digunakan pengarang dalam karyanya terdahulu dalam 1511, novel intrepetasi sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis. Versi Faisal ini tulis berdasarkan kajian Muhammad Yusoff Hashim dalam buku Kesultanan Melayu Melaka, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dalam teater ini, seperti dianggkat menjadi judul, dua jam sebelum kematian Sultan Alaudin diracun isteri keempatnya Tun Senaja, bukan semata-mata menghidangkan penonton dengan plot politik dan konspirasi kelompok pragmatik-liberal yang dipimpin dinasti mamak dalam politikpada masa itu termasuk isteri sultan, Temenggung dan saudagar kaya tetapi turut menyentuh iklim semasa politik Malaysia.
Faisal, walaupun tidak menyasarkan penontonnya daripada kalangan ahli politik, tetapi bada politknya begitu jelas dan mampu menggoda penggiat dan ahli politik masuk ke panggung.
Theatre of the opressed
Seperti juga latar masa yang kontra, teknik yang digunakan juga bercampur antara sandiwara purbawara dan teknik moden yang penuh dengan simbol, agitasi, alianasi, sindiran dan nada protesnya.
Produksi Akademi Senima Amatur Malaysia ini disampaikan menggunakan teknik theatre of the opressed yang diperkenalkan dramatis ulung Brazil, Augusto Boal.
Konsep teater jenis ini yang bermula pada tahun 60-an menjadi sebuah gerakan seni yang memandang sisi pendidikan daripada pembacaan terhadap kezaliman dan kerosakan dalam pengurusan kehidupan di pelbagai peringkat.
Teater yang digunakan sebagai alat organisasi dan mobilasi bagi mencerahkan jutaan rakyat miskin di Brazil menakutkan penguasa pada masa itu menyebabkan junta menggerakkan tentera membunuh dan memenjarakan aktivisnya.
Dua jam sebelum Sultan Alauddin syahid diracun mengisahkan persediaan sebuah produksi yang ingin mementaskan sebuah purbawara. Menjelang pementasan itu, berlaku pelbagai konflik berlaku merangkumi karenah dalaman kumpulan produksi dan intrepetasi pelakon terhadap teks.
Harus diakui, kekuatan utama persembahan ini bermula daripada teks yang padat dan vokal. Sindiran-sindiran politik yang keras dan vokal.
Perkataan-perkataan yang terbit daripada mulut pelakon dan gambaran visual seperti "liwat", "correct, correct, correct", "anak ikan 23 tahun", "konspirasi", "pengaruh mamak" dalam istana, "mubahalah", "model" dan "Monggolia" membuatkan penonton secara mudah dapat mengagak subteks yang tidak diucap dan divisualkan dalam persembahan lebih kurang 1 jam 30 minit itu.
Tidak hairanlah, ketika penulis mulai menekuni naskhah ni bermula pernghujung Jun lalu dan pra-produksi sebelum setengah selepas itu, politik Malaysia bergolak dengan peristiwa menarik daripada perbicaraan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu sehinggaah sumpah mubahalah bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Rosmah Mansur
Pelbagai nama diseret ke dalam kes ini termasuklah timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansur oleh pelbagai pihak yang mendakwa.
Dalam teater itu, tambahan pula, pelakon dibenarkan membuat ad lib dan tidak terlalu terikat dengan teks semasa drama semasa pementasan.
Perkataan-perkataan ini walaupun tidak terlalu mendukung cerita asal – kisah pembelotan terhadap Sultan Alauddin – sebenarnya cuba mengungkap konflik yang sama bahawa situasi politik sentiasa berulang.
Bagaimanapun, perkataan-perkataan itu menjadi sekadar tempelan umpama puzzle yang berselarakan untuk dicantumkan sendiri oleh penontan. Tanpa mengikuti perkembangan politik semasa, gambaran visual, lakon dan dialog di pentas mencadi sekadar kolaj yang berselerakan tanpa makna.
Namun, di lapisan atasnya, teater ini menyaksikan bagaimana terjadinya konspirasi membunuh Sultan oleh dinasti mamak ketika itu.
Permaisuri Melaka, Tun Senaja membunuh suaminya Sultan Alauddin kerana melihat suaminya itu sebagai musuh politik yang mengekang penguasaan pengaruh mamak dalam istana ketika itu. Golongan itu ketika itu didukung oleh ayahandanya Seri Nara Diraja Tun Ali, anakanda mereka Raja Mahmud,Hang Isap, Hang Siak, Tun kerutup Seri Bija Diraja Tun Hamzah, Datuk Bongkok Tun Perak.
Dialog-dialog di saat nazak diracun menggambarkan diolog itu:
"Yang paling utama, titah tuanku mahu melaksanakan undang-undang Islam yang benar setelah pulang dari haji menakutkan kita semua. Sangat-sangat menakutkan kita. Kerana Islam lebih menakutkan dari Melayu.
"Kalau tuanku melaksanakan Melayu dalam istana kita semua masih dapat berbahagia, tetapi kalau melaksanakan Islam tiada ruang semua bernafas. Kalau syahid kalimatnya, maka syahidlah baginda sultan."
Tetapi Dua jam sebelum Sultan Alauddin Riayat Syah diracun mempunyai terlalu banyak subteks yang akan menggelisahkan aktor politik semasa tanah air.
Artikel berkaitan: 'Liwat', 'Rosma' dalam teater politik Faisal Tehrani
No comments:
Post a Comment